21 Feb. 2013. Kursus Asas Pembimbing Rakan Siswa (PRS) 2013 anjuran Kolej Komuniti Kok Lanas dengan kerjasama Politeknik Kota Bharu telah diadakan di Aked Perdana, Kolej Komuniti Kok Lanas, Kelantan.
Seramai 60 orang peserta dari Kolej Komuniti Kok Lanas dan 30 orang peserta dari Politeknik Kota Bharu telah menyertai program yang tersebut.
Program ini juga telah disertai oleh 4 orang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment