31 Jan. 2013. Satu perjumpaan ahli-ahli PRS Kolej Komuniti Kok Lanas telah diadakan di Aked Perdana,Kolej Komuniti Kok Lanas,Kelantan.seramai 60 orang ahli PRS telah menghadiri perjumpaan kali ini.
Dalam pertemuan tersebut ahli-ahli PRS telah diberi taklimat berkenaan perlembagaan PRS dan halatuju PRS 2013.Ahli-ahli juga diberi maklumat tentang program-program yang telah diatur dan diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Diharapkan semua ahli PRS 2013 bersatu hati dan bersemangat untuk menjayakan semua program PRS yang telah diatur.
Thursday, 31 January 2013
Sunday, 27 January 2013
PROGRAM CINTA RASUL & PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN JPP 2013
28 Jan. 2013. Program Cinta Rasul dan Penyampaian watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2013 telah diadakan di Dataran Zairon,Kolej Komuniti Kok Lanas, Kelantan. Para pelajar dan pensyarah telah menjayakan program ini yang turut disulami dengan Ceramah Cinta Rasul oleh Dr Mohd Azhar Abdullah dan persembahan nasyid pelajar-pelajar.
BENGKEL PENENTUAN STANDARD DAN INSTRUMEN NAZIRAN KPT
21-13 Jan. 2013. Bengkel Penentuan Standard dan Instrumen Naziran KPT telah diadakan di Pusat latihan KWSP,Kajang, Selangor. Seramai 30 peserta dari seluruh negara menyertai program ini.
Wednesday, 16 January 2013
PILIHANRAYA JPP 2013
17 Jan. 2013. Pilihanraya JPP 2013 telah selamat diadakan pada hari ini. Seramai 4 calon telah bersaing untuk merebut jawatan tertinggi JPP.Pada hari ini juga seramai 231 orang pelajar telah menjalani sesi pengundian.
Berikut diumumkan keputusan penuh:
1. MANSOR BIN SALLEH - 150 UNDI
2. ANAS BIN CHE MAT - 29 UNDI
3. MUHAMMMAD FIRDAUS - 21 UNDI
4. NIK HASSAN BIN N MAT - 15 UNDI
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERPILIH DAN TERIMA KASIH KERANA KESUDIAN ANDA DATANG MENGUNDI.....
Berikut diumumkan keputusan penuh:
1. MANSOR BIN SALLEH - 150 UNDI
2. ANAS BIN CHE MAT - 29 UNDI
3. MUHAMMMAD FIRDAUS - 21 UNDI
4. NIK HASSAN BIN N MAT - 15 UNDI
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERPILIH DAN TERIMA KASIH KERANA KESUDIAN ANDA DATANG MENGUNDI.....
Saturday, 12 January 2013
PERJUMPAAN JPP KALI 1
MESYUARAT PEGAWAI PSIKOLOGI WILAYAH TIMUR
10 Jan. 2013. Mesyuarat pegawai-pegawai Psikologi Wilayah Timur kali pertama telah diadakan di kolej Komuniti Kok Lanas. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pegawai Psikologi Kolej Komunitin dari negeri Kelantan dan Terengganu. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Kok Lanas, kelantan dan dipengerusikan oleh En Mohd Efendy Bin Daud, Pegawai Psikologi Kolej Komuniti Kok Lanas merangkap Pegawai Psikologi Wilayah Timur(Kelantan/Terengganu).
Sunday, 6 January 2013
PINDAH BILIK BARU
7 Jan. 2013. Mulai hari ini saya dengan rasminya mula pindah dan menggunakan bilik baru.
PENDAFTARAN AHLI PRS SESI JAN. 2013
6 Jan. 2013. Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah membuat pendaftaran pelajar bagi sesi pengajian Januari 2013. Seramai 24 orang pelajar telah menyertai Kelab PRS2K. Semua ahli Kelab telah diberi taklimat tentang halatuju PRS 2013 oleh En Mohd Efendy Bin Daud selaku penasihat PRS KKKLK.Para peserta kemudian telah mengundi untuk memilih Pengerusi,Setiausaha,Bendahari dan AJK.
taklimat PRS
pelajar sedang mengisi borong permohonan
Wednesday, 2 January 2013
MINGGU SUAIKENAL JANUARI 2013
3 Januari 2013 . Minggu suaikenal untuk pelajar-pelajar baru ambilan Januari 2013 bermula pada hari ini. Seramai 33 orang pelajar baru dari PERHEBAT telah menyertai program ini.
Tuesday, 1 January 2013
PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JAN 2013
2 Jan. 2013. Pendaftaran pelajar baru Kolej komuniti Kok Lanas bermula pada hari ini.
TAHUN BARU AZAM BARU
2013 Sudah tiba.Marilah sama-sama kita memperbetulkan niat dalam menghadapi hari-hari yang bakal mendatang dengan penuh semangat dan dengan hati yang terbuka untuk menggenggam sebuah kejayaan.Tahun berganti tahun...tanda usia kita semakin hampir ke penghujungnya....apakah tahun ini merupakan tahun terakhir kita hidup di dunia yang fana ini atau masih ada peluang untuk kita meneruskan ibadah kita kepada Allah SWT.
Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf buat semua teman-teman kiranya selama ini saya telah melakukan sebarang kesilapan.....
Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf buat semua teman-teman kiranya selama ini saya telah melakukan sebarang kesilapan.....
Subscribe to:
Posts (Atom)

